Cari

Tuesday 1 June 2021

Anak ibu...

 Catatan ini di tulis pada 8hb Ogos 2012 di blog lama


…teringat 23 tahun yang lalu, pengalaman pertama saya dianugerah seorang cahaya mata yg saya namakannya Ariff Hamzah. Waktu tu saya dah pun tahu bahawa anak saya akan dilahirkan pada 8 Ogos 1989. Mmg saya yang pilih tarikh ni sbb senang nak ingat. Sedari awal lagi doktor dah maklumkan yang Ariff tak boleh keluar secara normal sbb kedudukan yang songsang dalam perut. Petang 7hb Ogos saya dah masuk hospital dan malamnya doktor mula menyiapkan saya dengan segala keperluan untuk pembedahan.

Saya mmg tak takut kepada pembedahan, malah teruja untuk melalui pengalaman tu. Ariff melihat dunia pada jam lebih kurang 1 pagi. Saya hanya melihatnya keesokkan harinya kerana masih lagi dalam keadaan tidak sedar dan berada di dalam bilik pemerhatian.

Seronok membesarkan Ariff sbb dia anak yg mudah dijaga. Kurang menangis dan kurang berjaga malam. Pendekata segalanya sangat mudah. Seawal 3 bulan Ariff dan saya terbang ke UK sbb suami saya menyambung pelajarannya di peringkat phd. Kalau mendukung Ariff, pasti ada yg tertanya anak ni berdarah campuran ker? Kulit Ariff memang cerah dan hidung mancung. Mmg handsome anak ibu ni.

Ariff membesar menjadi anak yg baik. Dia menghadiahkan saya dgn 5A semasa UPSR, 7A PMR dan 10A SPM. Alhamdulillah skrg Ariff di US menyambung pelajarannya di Ames, Iowa.

Saya sbg ibu sentiasa bangga dengan pencapaian dia dan terus berdoa agar Ariff menjadi anak yg soleh, berbakti kepada agama, ibubapa dan bangsa.

Selamat harijadi, anak ibu…!!!

 

No comments:

Post a Comment

Doaku Buatmu Gee