Cari

Tuesday 1 June 2021

...dalam kenangan...

 Catatan di tulis di Blog lama TAHUN 2012

    


…titiba rasa tak sabar nak jumpa mak…InsyaAllah petang ni akan mulakan perjalanan balik JB. Esok pepagi nak ziarah kubur abah jap…nak say TQ kat abah, nak bacakan yassin kat abah (kalau dah boleh), nak doakan abah, nak ucapkan salam eid kat abah, nak bitahu abah saya rindu dan nak bersihkan kawasan kubur abah.

…hmmm…kalau abah ada sure esok dialah yg paling sibuk pergi ke pasar. Sebelum klr rumah, mesti dia akan ke dapur dulu jumpa mak dan tanya Mak,  ‘awak nak kawan beli apa? Kawan nak pegi pasar ni…jgn nanti kawan balik ada jer barang tak cukup..’…hehehehe…suker dgo conversation mereka bila abah bahasakan diri dia ‘kawan’, memang the real johorean…!! Mak pun kalau jawab pertanyaan abah dia akan cakap,’ belikan kawan anu tuuuu….alahhhh…anu tuuu…buah keras, jintan, kulit kayu manis…bla…bla…bla…Orang johor, kalau sebut ‘anu’ bukan bermaksud sst yg lucah, tapi maksud ‘anu’ Johor ialah ‘benda/something’. Anak2 saya selalu gelak bila dengar Mak Tok dia sebut ‘anu’….dorang akan cakap ‘Mk Tok ni cakap lucah lah…’.

…yuppp…tahun ni saya balik JB walaupun bukan turn blk JB sbb Mak Mertua dah takder lagi. From now on, tiap first raya saya berpeluang balik JB, Alhamdulillah…Mumula aritu ingat nak raya KL tapi titiba hati sayu plak teringatkan Mak. Yerlahhh…dalam hidup kita yang ada satu cuma Mak ngan Abah. Hilang yg satu ni memang takder galang gantinya. Bila abah dah takder, memang terasa kesal bila mengenangkan tak banyak sumbangan yg sempat dan dapat saya berikan kepada dia selama dia hidup. Abah suka sangat melayan saya dan cucu2nya kalau kami balik kg. Sebelum kami sampai, dia dah siap tanya nak makan apa. Cucu2 selalu minta, ‘Tok Ayah, kita orang nak makan nasi ayam…..’. Sampai JB nanti, dia akan sibuk kat dapur sediakan nasi ayam. Sejak abah pencen, dia cakap kat Mak, ‘awak takyah dok dapur, biar kawan yang masak. Kalau malas, kita beli jer lauk di luar…’…camtu lah abah…!!..nw Abah dah tenang ditempat DIA…aritu kat radio IKIM ada ustaz tu cakap antara tanda2 kematian yang berakhir dgn khusnul khatimah ialah apabial seseorg dapat mengucap ‘lailahaillah muhamad rasulullah, berpeluh di dahi dan pada hari Khamis’. Dua tanda tu ada pada abah, alhamdulillah. tapi abah tak pergi hari Khamis, abah pergi hari Rabu betul-betul sewaktu azan zohor. Mudah-mudahan Abah ditempatkan bersama-sama org2 mukmin yg lain…

Wpun Mak garang dan cerewet tapi disebabkan dialah saya ada di sini…di sebabkan dia juga saya comel macam ni….(hikhikhik…perasan)…disebabkan dia juga saya jadi sorang yang pengemas…yupp…alhamdulillah, dia dan abah telah membentuk saya menjadi spt mana saya sekarang. Yerlahhh…sementara Mak ada, nilah masanya utk saya membalas jasa Mak. LEpas ni nak cuba kerap balik JB utk ziarah dia…InsyaAllah.

 

No comments:

Post a Comment

Doaku Buatmu Gee