Cari

Tuesday 29 June 2021

Sahabatku Dunia Akhirat (Bhgn Akhir)

14 Jun 2021 

Whatsapp dari Gee – Syafakallah kepada Ari. 

(Ini adalah whatsapp terakhir dari Gee dalam grup whatsapp kami)

Gee sempat menyampaikan doa untuk suami Lela, Ari. Sebelum ini Lela ada menyampaikan mesej yang dia menemani suaminya ke HPUPM untuk pemeriksaan ekoran daripada ‘mild stroke’ yang di alami suaminya pada pertengahan bulan lepas.

17 Jun 2021- Jam 11:10mlm

Lela antara sahabat yang rajin berwhatsapp dengan Gee. Kebetulan pula Lela tergerak untuk whatsapp anak Gee, Mysarah. Melalui Mysarah, kami baru tahu yang Gee tidak berapa sihat selepas rawatan chemo minggu lepas dan petang tadi Gee telah dibawa ke HKL dengan ambulans kerana hampir pitam.

18 Jun 2021- Jam 11:00 pagi 

Whatsapp masuk :

Gee stabil. Perlukan darah kerana berlaku pendarahan. 

(Nota: Sekitar Mei 2020 Gee mendapatkan rawatan disebabkan periodnya yang berpanjang. Rawatan menunjukkan Gee menghidapi kanser rahim dan beliau telah melalui rawatan chemo. Kemudian dia mengalami sakit belakang. Utk itu, dia melalui rawatan radioterapi)

18 Jun 2021 

Whatsapp: Gee di pindahkan ke Zon Kuning Hospital Wanita dan Kanak-Kanak utk pemerhatian teliti. 

Lela called mak Gee. Mak Gee beritahu dah seminggu Gee lemah sangat. Dah tak mahu makan, makan ubat pun dah tak mahu. Nak jalan ke bilik air pun dah tak larat.

18 Jun 2021 – Jam 10:13 mlm

Mysarah called Lela dan beritahu Gee positif Covid19. Doktor tak boleh intubate sebab Gee dah terlalu lemah. Kedua-dua anak Gee positif Covid. Mak Gee kena buat swab test.

(Kami mendengar berita dengan penuh debaran. Doa, tidak putus-putus kami panjatkan buat Gee sekeluarga. Risaukan jugak kpd mak Gee. Mudah-mudahan dia negati).

18 Jun 2021 – Jam 10:54 mlm

Dapat mesej dari adik Gee. Positif covid. Platelet darah 18. Organ lemah. Kena sawan. Mak cik dah start batuk dan demam.

Allahuakbar. Hati kami semua tidak keruan. Be strong Gee…please be strong. 

Harap-harap makcik kuat.

19 Jun 2021- Jam 5:21pg

Mysarah mesej. Doktor baru called. Platlet turun 7. Tekanan darah boarder line. Oksigen okay. Ibu macam sedar tak sedar tapi dia confised dia kat mana. Doktor beri kenyataan kpd Mysarah ‘kalau keadaan memaksa, awak nak doktor intubate/fight atau nak ibu pergi dengan tenang?’

(Allahuakbar, satu keputusan yang sukar dibuat di saat-saat ini. Kami membiarkan Mysarah membuat kptsan dengan keluarganya tanpa campurtangan.

Peliharalah Gee Ya Allah. Kami maklumkan rakan-rakan rapat yang lain agar selitkan doa kesembuhan buat Gee pada setiap solat) 

19 Jun 2021 – Jam 3:05 ptg

Mesej dari Mysarah. ‘Ada mass, tak sure blood clot/tumor di pundi kencing. Sawan 2-3 kali wpun dah diberi ubat. Kalau intubate pun takut tak boleh tahan. Slow responds dan tak alert. Doc nak buat scan tapi takut pendarahan otak. Kalau jantung terhenti nak CPR pun tak boleh sbb risiko ribs  patah/luka paru-paru sbb ibu dah kurus sangat’.

(Mysarah, walaupun baru berumur 22 tahun, terapaksa galas tanggungjawab sendirian  kerana abangnya juga positif covid dan saudara mara lain tidak dapat datang akibat larangan merentas daerah. Alhamdulillah Mysarah kuat dan matang menguruskan segalanya).

20 Jun 2021- Jam 7:08 pg

Mysarah mesej. ‘Hospital mengesahkan nenek juga Covid positif’. Tiada update tentang Gee.

(Allahuakbar, Mak Gee pun positif. Ya Allah peliharalah keluarga mereka. Berilah mereka kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Kami bercadang mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban Mysarah. Alhamdulillah, semua sahabat sudi menyumbang).

22 Jun 2021 – Jam 3:57 pagi

Whatsapp Lela masuk: Ya Allah aku ni sebenarnya risau sbb dah more than 60hrs takder news on Gee. Dah buat solat hajat dan baca yassin utk Gee, tp hati tak tenteram.

(Begitulah kami, sentiasa cega bila whatsapp masuk. Hati berdebar-debar jika notification ‘GRUP JDT’ terkelihatan. 

Ya Allah, peliharalah Gee untuk kami. Andainya sudah sampai masa untuk dia ketemuiMu, ampunkanlah dosanya, rahmatilah dia, redhalah akn dirinya dan muliakanlah kedatanganya Ya Allah. Tetapi andaikata umurnya masih dipanjangkan lagi, Kau berikanlah kesembuhan kepadanya).

22 Jun 2021 – Jam 9:58mlm

Whatsapp Mysarah masuk: ‘Ibu baru meninggal dunia 5 minit yang lepas, doktor kata dengan tenang’.

‘Innalillahi waiina ilaihi rojiun’

‘Kullu nafsin zaa ikatulmaut’

Mysarah mengirimkan gambar Gee yang terakhir untuk tatapan kami. Matanya bertaup rapat umpama sedang tidur. Raut wajahnya nampak tenang. Allah telah menghadirkan ilham di dalam hati saya dengan mengatakan pemergian Gee dalam khusnul khotimah. Mungkin saya agak exaggerate untuk mengatakan hal ini, tetapi itulah dia menurut pandangan kasar saya apabila saya melihat wajah terakhir Gee.  Andainya ia betul, Alhamdulillah kerana Allah telah menjemputnya dengan tenang. Allah telah memanggilnya dengan lembut;

‘Wahai jiwa-jiwa yang tenang

Kembalilah kpd TuhanMu dgn hati yg redha dan diredhai.

Maka, masuklah ke dlm golongan hamba-hambaKu

Dan masuklah ke dalam Syurgaku.

Allah...Allah..!! Walaupun pemergianmu ditangisi, namun kedatanganmu dimuliakan disisinya. Aamiin...Aamiin Ya Allah.

Aamiin...Aamiin Ya Rahman

Aamiin...Aamiin Ya Robbal alamiin.

Begitulah perjalanan seorang insan. Gee dipinjamkan setakat 56 tahun kpd keluarganya, dipinjamkan sebagai seorang sahabat kpd saya selama 49 tahun. Terlalu banyak kenangan indah bersama Gee. Pengkebumian Gee sangat mudah diuruskan sebagaimana dia memudahkan urusan kami semua semasa hayatnya. Gee bertarung dengan kanser selama 6 tahun tetapi akhirnya Covid19 merenggut nyawanya. 

Semoga kamu tenang di sana Gee....

'bukannya diri ini tak terima kenyataan

hati ini hanya RINDU...'



 

No comments:

Post a Comment

Doaku Buatmu Gee