Cari

Monday 28 June 2021

Sahabatku Dunia Akhirat (Bhgn 4)

 Bahagian 4.

1. Kerja amal Gee sangat banyak….sangat banyak hinggakan saya tak tahu bila pulak dia menguruskannya. Sifat dia yang suka membantu orang mmg tidak dinafikan. Satu hari, saya pernah bercerita pada dia yang kaki saya sakit tiap kali kaki pijak ke lantai apabila bangkit dari tidur.  Gee dengar jer, dia terus usahakan beli balang air yang ada mineral didalamnya untuk saya minum. Terharu sungguh bila dia ambil berat tentang saya. ‘Zah, harga balang tu RM150 tau. Kalau tak bayar pun takper, aku belanja’

2. Bila makan, dia mmg tidak lokek. Gee pandai masak. Dia boleh masak untuk ramai orang. Masakan dia semua sedap. 

3. Kalau dia bercuti ke luar negara, pasti kami akan dapat ole-ole nya. Mmg pantang kita sebut, dia pasti akan dapatkannya. Hatta dia ke Langkawi pun, dia akan ingat kawan-kawan dengan membeli coklat. InsyaAllah semua akan dapat. 

4. Gee pandai cari kawan dan dia akan jaga hubungan silaturahim antara kawan-kawannya. Kami baru tahu yang dia masih menghubungi pen-pal dari Canada yang dia kenali sejak zaman di univ lagi. Malah sahabatnya sudah 4 kali datang ke Malaysia dan Gee yang meng’entertain’ pen palnya sepanjang percutiannya di sini.

5. Gee tak pernah menyusahkan kami. Walaupun dia tak boleh drive (dulu dia mengharapkan suaminya pergi dan hantar tiap kali kami buat gathering), tapi kalau ada jer perjumpaan, macamana jauh pun dia akan berusaha datang dengan naiki teksi atau grab. 

6. Kuatnya Gee, walaupun dia tak sihat, dia tetap gagahkan pergi bekerja kerana dia tak mahu menyusahkan rakan sekerjanya yg lain.

7. Kalau pergi bercuti dengan dia pulak, semua dia akan uruskan dari A-Z. Di airport, dia akan kutip semua paspot, pastikan kami berada semasa check-in, buat anggaran perbelanjaan, kutip duit dan pastikan bila di sana, duit utk segala bayaran wajib spt hotel, pengangkutan dan makan dah setel siap-siap. Dia memudahkan semua kerja orang. Dia akan pastikan semua berjalan lancar, semua orang happy, semua rancangan terlaksana…itulah Gee yang pasti akan kami rindui.



No comments:

Post a Comment

Doaku Buatmu Gee