Cari

Tuesday 8 June 2021

Kembara ke bumi Palestine 2019

 BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIIM

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka BERJALANLAH merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah, dan kepada Allah jualah (Kamu) dibangkitkan semula (Surah Al Mulk Ayat 15)


Tahun 2019, saya berpeluang mengembara ke bumi Jordan dan Palestine. Satu perjalanan yang sangat bermakna kerana saya dapat lengkapkan ziarah ke tiga masjid yang disyorkan dalam Islam iaitu Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Masjidil Al Aqsa.

Perjalanan ini juga bermakna kerana saya menyambut hari kelahiran saya di bumi barakah dan bertuah iaitu Palestine.

Lawatan 1: Cave Of Seven Sleepers

Kisah yang tercatat dalam Surah Al Kahfi. Menurut mutawif kami, tulang-temulang 7 sahabat itu ada di dalam satu lubang.


Saya suka melihat kepada binaan gua nya. Nampak kukuh tetapi kecil keluasan dalamannya. Terfikir juga bagaimana 7 orang boleh duduk di  dalam gua tersebut

Perjalanan di teruskan ke Pohon Sahabi dengan bas persiaran. Untuk menyampai ke sana, mengambil masa juga beberapa jam. Sewaktu kami sampai ke sana matahari hampir terbenam. Suhu pada waktu itu sangat sejuk dengan deruan angin yang kuat.

Ramai yang mengatakan lawatan ke sana adalah sia-sia, tetapi bagi saya ia amat mengujakan. Hadis yang mengaitkan pokok ini dengan Rasulullah adalah tidak sahih. Namun saya agak teruja kerana pokok ini unik, pokok sahabi ini adalah satu-satunya pokok yg hidup ditengah-tengah kawasan padang yang kering. Untuk ke sana, bas yang kami naiki tidak dapat masuk hingga ke kawasan tersebut, maka kami semua terpaksa menapak untuk ke pokok tersebut.


... bersambung


 

No comments:

Post a Comment

Doaku Buatmu Gee