Cari

Thursday 24 June 2021

Sahabatku Dunia Akhirat (Bhgn 1)

 1. Sahabat adalah antara orang yang hadir awal dalam hidup kita selain dpd ibu dan ayah. Malah, ada juga adik beradik kita yang hadir selepas hadirnya sahabat dalam hidup ini. Seusia saya 7 tahun, saya sudah punyai sahabat. Seingat saya Mastura Mohd IdrisIdris adalah orang pertama yang saya kenali semasa saya di Darjah 1, Sekolah Rendah (P) Nong Chik. Saya kenali Mas kerana rumahnya berhampiran dengan rumah saya. 

2. Kemudiannya saya kenali Gee, Norashikin Ismail, Maizurah Idris, Minoli Gopal, Salena Hassan dan beberapa lagi nama yang saya hampir lupa kerana mereka bukan lah sahabat yang dekat dengan saya ketika itu.

3. Yer, Gee saya kenali dia sejak umur 7 tahun. Kami sangat rapat. Gee suka gelak bila saya buat lawak. Kami kerap ke kantin bersama, makan bersama, bermain bersama sehinggalah kami masuk ke sekolah menengah yang sama. Saya ingat sangat, semasa kami di Darjah 1, Gee seorang sahaja yang punyai jam tangan Disney. Saya suka jam tu sebab cantik dan Gee tahu saya sukakan jam tu. Apa yang Gee buat ialah Gee akan beri pinjam kpd saya pada waktu pagi dan saya akan pulangkannya sebelum kami pulang ke rumah.

4. Semasa di sekolah rendah, Gee rajin bawa bekalan makanan. Mak Gee selalu bekalkan Gee dengan nasi goreng, mee dan macam-macam. Saya pulak memang dari kecik muka tak tahu malu suka mengendeng. Agaknya Gee selalu cerita kat mak dia “Mak, Zah suka makan’, maka selalunya bekalan mesti akan ada extra utk saya. Tiap pagi saya pasti tunggu bekalan yang Gee bawak dari rumah. Selalunya Gee akan makan sikit dan saya akan habiskan semuanya….Ingat lagi sewaktu saya di UKM, sesekali balik cuti semester, dan kalau kebetulan cuti kami sama, Gee pasti akan call ‘Zah, mak aku masak nasi beriyani’. Kadang ‘Zah kat rumah aku ada nasi tomato’…mmg setiap kali kalau dia tahu saya blk cuti, dia pasti akan call dan ajak dtg makan.

5. Selepas tamat SPM, kami semua berterabur. Ada yang ke UK, USA dan kalau yang tak dapat pergi luar negara, ramai yang masuk  UKM atau UITM. Sepanjang 4 tahun di univ, hubungan kami semakin renggang, yerlah masa zaman tu tiada sosial media, kan…? Jumpa pun sesekali bila cuti semester bertembung, kemudian tamat belajar, kami bertebaran lagi, ada yang dah kahwin, bekerja. Ada yang kerja di JB dan ada yang remain di sekitar Selangor dan KL. Hubungan pada ketika itu hanya sesekali sahaja, itupun call  ke ofis masing-masing. Biasalah bila di ofis, tak banyak yang dapat dibualkan.

6. Apabila semua sudah berkeluarga, kami jarang sangat berhubung sehinggalah pada tahun 2005 ikatan kami bertaut semula. Kami mula buat gathering. Saya yang jenis suka cakap jer, tp Gee pulak jenis pick up apa yang org cakap. Dia seorang yang sangat alert, tuntas, pantas dan cepat buat keputusan. Kadang saya baru bercakap ‘kalau kita dapat berkumpul ramai2, best kan?’, otak Gee dah mula start planning. Dia bukan sekadar planned tapi siap dengan segalanya. Nnti kang titiba jer dia akan cakap ‘Zah, aku dah booking kat sini, pukul ni, tarikh ni….Kita buat tau’…Tak tahulah kenapa, tp Gee selalu akan memastikan saya setuju barulah program boleh on. 

7. Pernah saya menyebut nak pi melancung dengan kengkawan, pantas jer dia rancang…’kau nak ke mana??’….zasss…terus dia beri cadangan itinerary, tarikh, tempat nak lawat dsbnya. Klu di airport, dialah yang mengurus segalanya.

8. Gee memang pantas serba serbi, sy pula suka cakap nak itu ini, tp tak gerak-gerak pun. Gee selalu akan pastikan apa yang sy nak dia akan bantu dapatkan sampaikan kadangkala sy takut nak sebut apa yg saya mahu kerana dia pasti akan memudahkan urusan saya. 

9. Sekitar tahun 2013, masa tu sahabat saya, Meriam tinggal di Manchester.  Yam pelawa ‘jom dtg tempat aku’. Saya pun sambut ‘ehh…best jugak ekk, kita ambil cuti nak?’. Dengar jer saya cakap, sepantas kilat Gee search harga tiket, tarikh nak pegi, apa nak bawak dsbnya. Dia mesej ‘Zah, kau nak pegi berapa hari? Aku ikut jer brp hari kau nak. Aku ambil cuti nanti. Semua terpulang pada kau. Nnti yang lain ikut jer tu’.

10. Itulah Gee. Selalu memudahkan urusan org. Kerja amalnya usah dikira, banyak…terlalu banyak. Pantang disebut, dialah yang akan memulakannya….

(sambungan....)



No comments:

Post a Comment

Doaku Buatmu Gee