Cari

Tuesday 29 June 2021

Sahabatku Dunia Akhirat (Bhgn Akhir)

14 Jun 2021 

Whatsapp dari Gee – Syafakallah kepada Ari. 

(Ini adalah whatsapp terakhir dari Gee dalam grup whatsapp kami)

Gee sempat menyampaikan doa untuk suami Lela, Ari. Sebelum ini Lela ada menyampaikan mesej yang dia menemani suaminya ke HPUPM untuk pemeriksaan ekoran daripada ‘mild stroke’ yang di alami suaminya pada pertengahan bulan lepas.

17 Jun 2021- Jam 11:10mlm

Lela antara sahabat yang rajin berwhatsapp dengan Gee. Kebetulan pula Lela tergerak untuk whatsapp anak Gee, Mysarah. Melalui Mysarah, kami baru tahu yang Gee tidak berapa sihat selepas rawatan chemo minggu lepas dan petang tadi Gee telah dibawa ke HKL dengan ambulans kerana hampir pitam.

18 Jun 2021- Jam 11:00 pagi 

Whatsapp masuk :

Gee stabil. Perlukan darah kerana berlaku pendarahan. 

(Nota: Sekitar Mei 2020 Gee mendapatkan rawatan disebabkan periodnya yang berpanjang. Rawatan menunjukkan Gee menghidapi kanser rahim dan beliau telah melalui rawatan chemo. Kemudian dia mengalami sakit belakang. Utk itu, dia melalui rawatan radioterapi)

18 Jun 2021 

Whatsapp: Gee di pindahkan ke Zon Kuning Hospital Wanita dan Kanak-Kanak utk pemerhatian teliti. 

Lela called mak Gee. Mak Gee beritahu dah seminggu Gee lemah sangat. Dah tak mahu makan, makan ubat pun dah tak mahu. Nak jalan ke bilik air pun dah tak larat.

18 Jun 2021 – Jam 10:13 mlm

Mysarah called Lela dan beritahu Gee positif Covid19. Doktor tak boleh intubate sebab Gee dah terlalu lemah. Kedua-dua anak Gee positif Covid. Mak Gee kena buat swab test.

(Kami mendengar berita dengan penuh debaran. Doa, tidak putus-putus kami panjatkan buat Gee sekeluarga. Risaukan jugak kpd mak Gee. Mudah-mudahan dia negati).

18 Jun 2021 – Jam 10:54 mlm

Dapat mesej dari adik Gee. Positif covid. Platelet darah 18. Organ lemah. Kena sawan. Mak cik dah start batuk dan demam.

Allahuakbar. Hati kami semua tidak keruan. Be strong Gee…please be strong. 

Harap-harap makcik kuat.

19 Jun 2021- Jam 5:21pg

Mysarah mesej. Doktor baru called. Platlet turun 7. Tekanan darah boarder line. Oksigen okay. Ibu macam sedar tak sedar tapi dia confised dia kat mana. Doktor beri kenyataan kpd Mysarah ‘kalau keadaan memaksa, awak nak doktor intubate/fight atau nak ibu pergi dengan tenang?’

(Allahuakbar, satu keputusan yang sukar dibuat di saat-saat ini. Kami membiarkan Mysarah membuat kptsan dengan keluarganya tanpa campurtangan.

Peliharalah Gee Ya Allah. Kami maklumkan rakan-rakan rapat yang lain agar selitkan doa kesembuhan buat Gee pada setiap solat) 

19 Jun 2021 – Jam 3:05 ptg

Mesej dari Mysarah. ‘Ada mass, tak sure blood clot/tumor di pundi kencing. Sawan 2-3 kali wpun dah diberi ubat. Kalau intubate pun takut tak boleh tahan. Slow responds dan tak alert. Doc nak buat scan tapi takut pendarahan otak. Kalau jantung terhenti nak CPR pun tak boleh sbb risiko ribs  patah/luka paru-paru sbb ibu dah kurus sangat’.

(Mysarah, walaupun baru berumur 22 tahun, terapaksa galas tanggungjawab sendirian  kerana abangnya juga positif covid dan saudara mara lain tidak dapat datang akibat larangan merentas daerah. Alhamdulillah Mysarah kuat dan matang menguruskan segalanya).

20 Jun 2021- Jam 7:08 pg

Mysarah mesej. ‘Hospital mengesahkan nenek juga Covid positif’. Tiada update tentang Gee.

(Allahuakbar, Mak Gee pun positif. Ya Allah peliharalah keluarga mereka. Berilah mereka kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Kami bercadang mengumpul dana bagi membantu mengurangkan beban Mysarah. Alhamdulillah, semua sahabat sudi menyumbang).

22 Jun 2021 – Jam 3:57 pagi

Whatsapp Lela masuk: Ya Allah aku ni sebenarnya risau sbb dah more than 60hrs takder news on Gee. Dah buat solat hajat dan baca yassin utk Gee, tp hati tak tenteram.

(Begitulah kami, sentiasa cega bila whatsapp masuk. Hati berdebar-debar jika notification ‘GRUP JDT’ terkelihatan. 

Ya Allah, peliharalah Gee untuk kami. Andainya sudah sampai masa untuk dia ketemuiMu, ampunkanlah dosanya, rahmatilah dia, redhalah akn dirinya dan muliakanlah kedatanganya Ya Allah. Tetapi andaikata umurnya masih dipanjangkan lagi, Kau berikanlah kesembuhan kepadanya).

22 Jun 2021 – Jam 9:58mlm

Whatsapp Mysarah masuk: ‘Ibu baru meninggal dunia 5 minit yang lepas, doktor kata dengan tenang’.

‘Innalillahi waiina ilaihi rojiun’

‘Kullu nafsin zaa ikatulmaut’

Mysarah mengirimkan gambar Gee yang terakhir untuk tatapan kami. Matanya bertaup rapat umpama sedang tidur. Raut wajahnya nampak tenang. Allah telah menghadirkan ilham di dalam hati saya dengan mengatakan pemergian Gee dalam khusnul khotimah. Mungkin saya agak exaggerate untuk mengatakan hal ini, tetapi itulah dia menurut pandangan kasar saya apabila saya melihat wajah terakhir Gee.  Andainya ia betul, Alhamdulillah kerana Allah telah menjemputnya dengan tenang. Allah telah memanggilnya dengan lembut;

‘Wahai jiwa-jiwa yang tenang

Kembalilah kpd TuhanMu dgn hati yg redha dan diredhai.

Maka, masuklah ke dlm golongan hamba-hambaKu

Dan masuklah ke dalam Syurgaku.

Allah...Allah..!! Walaupun pemergianmu ditangisi, namun kedatanganmu dimuliakan disisinya. Aamiin...Aamiin Ya Allah.

Aamiin...Aamiin Ya Rahman

Aamiin...Aamiin Ya Robbal alamiin.

Begitulah perjalanan seorang insan. Gee dipinjamkan setakat 56 tahun kpd keluarganya, dipinjamkan sebagai seorang sahabat kpd saya selama 49 tahun. Terlalu banyak kenangan indah bersama Gee. Pengkebumian Gee sangat mudah diuruskan sebagaimana dia memudahkan urusan kami semua semasa hayatnya. Gee bertarung dengan kanser selama 6 tahun tetapi akhirnya Covid19 merenggut nyawanya. 

Semoga kamu tenang di sana Gee....

'bukannya diri ini tak terima kenyataan

hati ini hanya RINDU...'



 

Monday 28 June 2021

Sahabatku Dunia Akhirat (Bhgn 4)

 Bahagian 4.

1. Kerja amal Gee sangat banyak….sangat banyak hinggakan saya tak tahu bila pulak dia menguruskannya. Sifat dia yang suka membantu orang mmg tidak dinafikan. Satu hari, saya pernah bercerita pada dia yang kaki saya sakit tiap kali kaki pijak ke lantai apabila bangkit dari tidur.  Gee dengar jer, dia terus usahakan beli balang air yang ada mineral didalamnya untuk saya minum. Terharu sungguh bila dia ambil berat tentang saya. ‘Zah, harga balang tu RM150 tau. Kalau tak bayar pun takper, aku belanja’

2. Bila makan, dia mmg tidak lokek. Gee pandai masak. Dia boleh masak untuk ramai orang. Masakan dia semua sedap. 

3. Kalau dia bercuti ke luar negara, pasti kami akan dapat ole-ole nya. Mmg pantang kita sebut, dia pasti akan dapatkannya. Hatta dia ke Langkawi pun, dia akan ingat kawan-kawan dengan membeli coklat. InsyaAllah semua akan dapat. 

4. Gee pandai cari kawan dan dia akan jaga hubungan silaturahim antara kawan-kawannya. Kami baru tahu yang dia masih menghubungi pen-pal dari Canada yang dia kenali sejak zaman di univ lagi. Malah sahabatnya sudah 4 kali datang ke Malaysia dan Gee yang meng’entertain’ pen palnya sepanjang percutiannya di sini.

5. Gee tak pernah menyusahkan kami. Walaupun dia tak boleh drive (dulu dia mengharapkan suaminya pergi dan hantar tiap kali kami buat gathering), tapi kalau ada jer perjumpaan, macamana jauh pun dia akan berusaha datang dengan naiki teksi atau grab. 

6. Kuatnya Gee, walaupun dia tak sihat, dia tetap gagahkan pergi bekerja kerana dia tak mahu menyusahkan rakan sekerjanya yg lain.

7. Kalau pergi bercuti dengan dia pulak, semua dia akan uruskan dari A-Z. Di airport, dia akan kutip semua paspot, pastikan kami berada semasa check-in, buat anggaran perbelanjaan, kutip duit dan pastikan bila di sana, duit utk segala bayaran wajib spt hotel, pengangkutan dan makan dah setel siap-siap. Dia memudahkan semua kerja orang. Dia akan pastikan semua berjalan lancar, semua orang happy, semua rancangan terlaksana…itulah Gee yang pasti akan kami rindui.



Sunday 27 June 2021

Shabatku Dunia Akhirat (Bhgn 3)

1. Allah menguji Gee sekitar tahun 2016. Allah tahu Gee mampu melaluinya dengan tenang. Gee sering rasa sakit kepala yang pada awalnya dijangkakan sebagai migrane sahaja. Lantas Gee minta pandangan daripada Noor (salah seorang sahabat kami) kerana Noor ada kakak yang bekerja sbg doktor di HJB. Noor dan Kakaknya mencadangkan supaya Gee buat pemeriksaan lanjut di hospital.

2. Gee ke hospital tawakal, bertemu dengan pakar neurosurgeon bagi pemeriksaan lanjut. Tetapi setelah pemeriksaan awal dibuat, doktor mendapati ada sesuatu yang ‘tak kena’ pada bahagian otaknya dan doktor mencadangakan supaya Gee tinggal di hospital  untuk pemeriksaan lebih lanjiut melalui CT Scan. Semasa di wad, Gee ditemani suaminya dan dia tidak ‘mention’ pun kepada suaminya apa yang diberitahu oleh doktor kpdnya. Kebetulan pada waktu itu suaminya juga tidak sihat. Dijangkakan suaminya hanya mengidap demam biasa, tetapi apabila doktor yang merawat Gee nampak suami Gee kelihatan  lemah, beliau menyarankan agar  suami Gee pergi ke bahagian klinik di hospital yang sama untuk rawatan lanjut. Mereka berdua sempat mndpt rawatan dihospital yg sama dan di wad yg sama. 

Hasil pemeriksaan, mendapati suami Gee menghidapi denggi berdarah dan dengan segera beliau di pindahkan ke HKL di bahagian ICU bagi rawatan lanjut. Tidak lama dia berada di ICU, suami Gee pulang ke pangkuan Ilahi. Pastinya waktu itu Gee confused, kami semua juga confused apabila mendapat berita yg suaminya telah pulang ke Rahmatullah dalam masa yang singkat,  kerana yang nampak kurang sihat pada waktu itu ialah Gee, tp yang pergi, suaminya pula. Begitulah perancangan Allah.

3. Rancangan untuk buat CT Scan tergendala kerana Gee terpaksa menguruskan hal kematian suaminya. Klu tak silap dua minggu/sebulan (tak ingat) kemudian (dalam eddah) Gee ke hospital tawakal utk buat CT Scan.

4. Dipendekkan cerita, hasil keputusan telah mengesahkan terdapat ketumbuhan pada otak Gee. Memandangkan kos rawatan yang tinggi, Gee mohon pindah ke HKL. Di sana pemeriksaan lanjut di buat dengan mengambil spesimen dari bahagian otak dan sekali lagi hasil rawatan memeranjatkan kami kerana Gee disahkan menghidapi kanser limfoma.

5. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Wpun kami nmpak Gee melaluinya dengan tabah, namun isi hati empunya diri, kami tidak tahu sebenarnya. Gee melaluinya semua rawatan mengikut jadual. Akhirnya, pada tahun 2019, Alhamdulillah, kesihatan Gee semakin pulih. Dia sudah memulakan aktiviti mengembaranya. Yang saya perasan di fb nya, pada tahun tersebut, dia sempat berjalan ke Palestine, Russia dan juga bercuti dalam negara. 

4. Sekali lagi Gee di uji, pada sekitar Mei 2020, kami diberitahu Gee menghidap kanser ovari dan ada benjolan pada bahagian tulang belakangnya. Gee mula menjalani radioterapi dan chemoterapi. Walaupun dalam keadaan kurang sihat, Gee sempat meluangkan masanya melayan sahabat kami yang pulang bercuti, pada bulan Ogos 2020. Kami pergi keluar makan nasi padang, kemudian dia gagahkan juga ikut kami bershopping di Jalan TAR. Tidak sedetik pun dia menyuarakan kpd kami yang dia penat atau sakit pada waktu itu. ‘Zah, tudung ni cantik. Kau nak tak? Aku belanja’. Allah…Allah… Gee….!!! 

‘Gee…. aku tahu kau tu baik sangat……kau akan pastikan orang keliling kau happy wpun keadaan kau waktu itu tidak sihat’.

Kesihatan Gee kadang ok kadang kurang. Bila pandemik berlaku, amat jarang kami berjumpa. Bertanya khabar sekadar di sosial media dan whatsapp.

Sehinggalah…….

(sambungan…)





Friday 25 June 2021

Hati ini hanya rindu...


ku ingin saat ini engkau ada di sini..
tertawa bersamaku spt dulu lagi...
walau hanya sebentar
Tuhan tolong kabulkanlah..
bukannya diri ini tak terima kenyataan..
hati ini hanya RINDU...

Sahabatku Dunia Akhirat (Bhgn 2)

 ‘Zah. Kau ni kannnn…’

Terngiang-ngiang suara Gee ditelinga saya tiap kali dia respons kepada lawak saya.  Sebutan ‘Zah’ tu tajam dan pendek dan diikuti dengan deraian tawanya yang perlahan ‘hikhikhikhik..’ Dia mmg selalu gelakkan lawak saya yang kadang-kadang lawak bodoh jer. Nada suara Gee agak monotonus dan perlahan, tapi kalau dia nak tegur atau marah, dia akan angkat suara sambil tangannya kadangkala menepuk-nepuk kita.

2. Itulah kita ni, bila kawan tu ada depan mata, takder nak fikirkan atau menghargai keberadaan mereka. Bila dah tiada, mulalah terbayang-bayang, terkenang-kenang. Masa ini lah kita akan kata, kenapalah dulu aku tak kontek dia…kenapalah dulu aku lupakan dia…kenapalah dulu aku tak peka tentang kesihatan dia. Apabila dia sudah tiada, memang kita akan rasa menyesal sangat….Rasanya kalau waktu boleh diputarkan, mmg saya nak baiki hubungan kami. Bagi saya Gee bukan sekadar sahabat, tetapi lebih daripada itu. Hubungan kami terjalin 49 tahun lamanya. Gee tahu kelemahan saya, Gee tahu perangai saya, kami pernah terasa hati, dan jenis saya pula, saya akan berdiam diri hinggalah hati ni sejuk sendiri. Tiada dendam pun. Gaduh adik beradik, air yg dicincang tidak akan putus, begitulah kami…



Thursday 24 June 2021

Sahabatku Dunia Akhirat (Bhgn 1)

 1. Sahabat adalah antara orang yang hadir awal dalam hidup kita selain dpd ibu dan ayah. Malah, ada juga adik beradik kita yang hadir selepas hadirnya sahabat dalam hidup ini. Seusia saya 7 tahun, saya sudah punyai sahabat. Seingat saya Mastura Mohd IdrisIdris adalah orang pertama yang saya kenali semasa saya di Darjah 1, Sekolah Rendah (P) Nong Chik. Saya kenali Mas kerana rumahnya berhampiran dengan rumah saya. 

2. Kemudiannya saya kenali Gee, Norashikin Ismail, Maizurah Idris, Minoli Gopal, Salena Hassan dan beberapa lagi nama yang saya hampir lupa kerana mereka bukan lah sahabat yang dekat dengan saya ketika itu.

3. Yer, Gee saya kenali dia sejak umur 7 tahun. Kami sangat rapat. Gee suka gelak bila saya buat lawak. Kami kerap ke kantin bersama, makan bersama, bermain bersama sehinggalah kami masuk ke sekolah menengah yang sama. Saya ingat sangat, semasa kami di Darjah 1, Gee seorang sahaja yang punyai jam tangan Disney. Saya suka jam tu sebab cantik dan Gee tahu saya sukakan jam tu. Apa yang Gee buat ialah Gee akan beri pinjam kpd saya pada waktu pagi dan saya akan pulangkannya sebelum kami pulang ke rumah.

4. Semasa di sekolah rendah, Gee rajin bawa bekalan makanan. Mak Gee selalu bekalkan Gee dengan nasi goreng, mee dan macam-macam. Saya pulak memang dari kecik muka tak tahu malu suka mengendeng. Agaknya Gee selalu cerita kat mak dia “Mak, Zah suka makan’, maka selalunya bekalan mesti akan ada extra utk saya. Tiap pagi saya pasti tunggu bekalan yang Gee bawak dari rumah. Selalunya Gee akan makan sikit dan saya akan habiskan semuanya….Ingat lagi sewaktu saya di UKM, sesekali balik cuti semester, dan kalau kebetulan cuti kami sama, Gee pasti akan call ‘Zah, mak aku masak nasi beriyani’. Kadang ‘Zah kat rumah aku ada nasi tomato’…mmg setiap kali kalau dia tahu saya blk cuti, dia pasti akan call dan ajak dtg makan.

5. Selepas tamat SPM, kami semua berterabur. Ada yang ke UK, USA dan kalau yang tak dapat pergi luar negara, ramai yang masuk  UKM atau UITM. Sepanjang 4 tahun di univ, hubungan kami semakin renggang, yerlah masa zaman tu tiada sosial media, kan…? Jumpa pun sesekali bila cuti semester bertembung, kemudian tamat belajar, kami bertebaran lagi, ada yang dah kahwin, bekerja. Ada yang kerja di JB dan ada yang remain di sekitar Selangor dan KL. Hubungan pada ketika itu hanya sesekali sahaja, itupun call  ke ofis masing-masing. Biasalah bila di ofis, tak banyak yang dapat dibualkan.

6. Apabila semua sudah berkeluarga, kami jarang sangat berhubung sehinggalah pada tahun 2005 ikatan kami bertaut semula. Kami mula buat gathering. Saya yang jenis suka cakap jer, tp Gee pulak jenis pick up apa yang org cakap. Dia seorang yang sangat alert, tuntas, pantas dan cepat buat keputusan. Kadang saya baru bercakap ‘kalau kita dapat berkumpul ramai2, best kan?’, otak Gee dah mula start planning. Dia bukan sekadar planned tapi siap dengan segalanya. Nnti kang titiba jer dia akan cakap ‘Zah, aku dah booking kat sini, pukul ni, tarikh ni….Kita buat tau’…Tak tahulah kenapa, tp Gee selalu akan memastikan saya setuju barulah program boleh on. 

7. Pernah saya menyebut nak pi melancung dengan kengkawan, pantas jer dia rancang…’kau nak ke mana??’….zasss…terus dia beri cadangan itinerary, tarikh, tempat nak lawat dsbnya. Klu di airport, dialah yang mengurus segalanya.

8. Gee memang pantas serba serbi, sy pula suka cakap nak itu ini, tp tak gerak-gerak pun. Gee selalu akan pastikan apa yang sy nak dia akan bantu dapatkan sampaikan kadangkala sy takut nak sebut apa yg saya mahu kerana dia pasti akan memudahkan urusan saya. 

9. Sekitar tahun 2013, masa tu sahabat saya, Meriam tinggal di Manchester.  Yam pelawa ‘jom dtg tempat aku’. Saya pun sambut ‘ehh…best jugak ekk, kita ambil cuti nak?’. Dengar jer saya cakap, sepantas kilat Gee search harga tiket, tarikh nak pegi, apa nak bawak dsbnya. Dia mesej ‘Zah, kau nak pegi berapa hari? Aku ikut jer brp hari kau nak. Aku ambil cuti nanti. Semua terpulang pada kau. Nnti yang lain ikut jer tu’.

10. Itulah Gee. Selalu memudahkan urusan org. Kerja amalnya usah dikira, banyak…terlalu banyak. Pantang disebut, dialah yang akan memulakannya….

(sambungan....)



Tuesday 8 June 2021

Kembara ke bumi Palestine 2019

 BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIIM

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka BERJALANLAH merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah, dan kepada Allah jualah (Kamu) dibangkitkan semula (Surah Al Mulk Ayat 15)


Tahun 2019, saya berpeluang mengembara ke bumi Jordan dan Palestine. Satu perjalanan yang sangat bermakna kerana saya dapat lengkapkan ziarah ke tiga masjid yang disyorkan dalam Islam iaitu Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan Masjidil Al Aqsa.

Perjalanan ini juga bermakna kerana saya menyambut hari kelahiran saya di bumi barakah dan bertuah iaitu Palestine.

Lawatan 1: Cave Of Seven Sleepers

Kisah yang tercatat dalam Surah Al Kahfi. Menurut mutawif kami, tulang-temulang 7 sahabat itu ada di dalam satu lubang.


Saya suka melihat kepada binaan gua nya. Nampak kukuh tetapi kecil keluasan dalamannya. Terfikir juga bagaimana 7 orang boleh duduk di  dalam gua tersebut

Perjalanan di teruskan ke Pohon Sahabi dengan bas persiaran. Untuk menyampai ke sana, mengambil masa juga beberapa jam. Sewaktu kami sampai ke sana matahari hampir terbenam. Suhu pada waktu itu sangat sejuk dengan deruan angin yang kuat.

Ramai yang mengatakan lawatan ke sana adalah sia-sia, tetapi bagi saya ia amat mengujakan. Hadis yang mengaitkan pokok ini dengan Rasulullah adalah tidak sahih. Namun saya agak teruja kerana pokok ini unik, pokok sahabi ini adalah satu-satunya pokok yg hidup ditengah-tengah kawasan padang yang kering. Untuk ke sana, bas yang kami naiki tidak dapat masuk hingga ke kawasan tersebut, maka kami semua terpaksa menapak untuk ke pokok tersebut.


... bersambung


 

Tuesday 1 June 2021

RezQ SouQ (Bhgn 2)

 Apa yang ada di RezQ SouQ?

Semasa saya memikirkan tentang bisnes online apa yang nak saya mulakan, perkara pertama yang saya terfikirkan ialah bisnes dropship. Pada pandangan saya dropship ini lebih mudah kerana kita tak handle stok, jadi tak perlulah saya memikirkan tentang pembelian barang dsbnya. Maka saat itu, saya daftarkan diri saya di Group 'The CEO Ultimate Support'. Coach di sini terbaik dan membantu ahli-ahlinya yang berminat untuk memulakan bisnes dropshipping. Coach mengajar langkah demi langkah bagaimana 'membuka kedai' di shopee dan bagaimana menguruskannya. Walaupun saya telahpun mengikuti kursus dropshipping, namun saya masih belum mendapat keserasian dalam memulakan bisnes dropshipping ni. 

Dalam masa yang sama juga, saya merayau di merata ceruk sudut google dan membuat tinjauan tentang pendapatan pasif di mana akhirnya saya terjumpa 'Affiliate Marketing'.

Apa itu Affiliate Marketing?

Saya nak share sikit ilmu di sini. AM ni ialah aktiviti di mana kita boleh menjana passive income. Ikutkan secara kasar macam mudah utk buat. Yerlah, bayangkan tugas kita hanyalah membantu mempromosikan produk atau syarikat dengan kreativiti kita. Paling malas, kita cuma share sahaja link yang telah digeneratekan oleh sistem ke mana-mana tempat dalam rangkaian sosial media. tak kiralah fb ker, IG ker, twitter ker, blog dll. 

Apabila ada orang klik link tersebut, kita akan mendapat komisyen. Tambahan lagi, sekiranyanya orang yg klik link tersebut  membuat pembelian, kita akan dapat tambahan komisyen. Nampak mudah, kan?

Saya telah sebulan lebih mencuba. Alhamdulillah sudah nampak hasilnya. Tapi tidaklah banyak manapun kerana saya belum dapat lagi satu kaedah terbaik yang boleh hit pendapatan saya ribu raban. Tapi insyaAllah perlahan-lahan saya mencuba.

Itulah sebabnya di Rezq SouQ saya iklankan pelbagai barangan. Apa yang saya cuba kongsikan di RezQ SouQ ini ialah pelbagai maklumat tentang syarikat yang membuat tawaran jualan murah atau apajua promosi yang berkaitan pada ketika itu.

So....ikutilah RezQ SouQ saya untuk dapatkan info tawaran-tawaran hebat yg up-to-date. 


Rezq Souq (Bhgn. 1)

https://business.facebook.com/RezQSouQ/


Ada beberapa orang yang bertanyakan kepada saya apa itu RezQ SouQ yang saya bangunkan di Fb Page?

Macamni ceritanya....

Niat saya untuk menceburi dalam bidang pemasaran digital wujud selepas saya mengajar subjek Pemasaran Digital. Apa yang saya dapat sampaikan kepada pelajar-pelajar pada waktu itu  hanyalah teori semata. Di samping itu, sedikit sebanyak saya dapat kongsi pengalaman saya dengan pelajar apabila saya sendiri membangunkan satu Fb Page 'Jom Inap Disini' yang menawarkan Homestay. Sedikit sebanyak dapat saya gunakan pengalaman ini semasa saya mengajar subjek tersebut. 

Pada waktu itu kepuasan saya dalam menyampaikan ilmu kpd pelajar tidak kesampaian kerana banyak perkara baru yang berkaitan dengan dunia digital, tidak saya kuasai sepenuhnya. Syukur saya dapat pelajar-pelajar yang pro-aktif dan open-minded. Ada yang lebih advance ilmu dunia digitalnya berbanding dengan saya dan ada yang sudah ada bisnes on-line nya sendiri. 

Bertitik tolak pada hal inilah saya cabar diri saya untuk buat bisnes on-line. Omputih kata practice what you preach.

Semasa saya menguruskan fb page 'Jom Inap Disini', saya tidak menguruskannya dengan serius kerana waktu itu saya masih bekerja, jadi tidak banyak yang dapat saya explore pada waktu itu. 

Sekarang ni Alhamdulillah, bila dah jadi Yang Bersara (YB) saya bolehlah menguruskannya dengan serius dan InsyaAllah saya cuba kongsi apa yang terbaik.

https://business.facebook.com/RezQSouQ/



Rakyat Malaysia, tolonglah....


Situasi pandemik Covid19 semakin hari semakin membimbangkan. Kes meningkat setiap hari seolah-olah untuk menurunkan jumlah kes ke angka yang lebih kecil agak sukar. Kalau dahulu semasa kes dalam lingkungan 2000, kita mengambil tempoh masa lebihkurang sebulan lock down untuk menstabilkan jumlah kes. Tapi kini kes berlipat kali ganda...berapa lamakah agaknya lock down akan dikenakan kpd kita nanti...???😓


Kita pernah menghampiri kemenangan pada bulan April 2020 👆 apabila catatan kes turun dengan cantik sekali. Tetapi akibat lupa diri bagi sesetengah pihak, kes kembali meningkat dan terus meningkat.

Sehingga kini kes harian tertinggi berjumlah 9020 👇tercatit pada 29 Mei 2021.


Apakah kes akan terus meningkat?  Pada pandangan saya, ia kemungkinan boleh terus meningkat sekiranya rakyat kita masih lagi berdegil dan tidak mengikut arahan yang di tetapkan.

Arahan yang diberikan tidaklah begitu susah tetapi yang menjadikannya sukar dan parah adalah SIKAP sesetengah orang kita yang TIDAK MAHU mendengar kata.

Dengar sini nasihat yang diberikan👇


Credit:  cik_yah2021


Doaku Buatmu Gee